Saturday, May 15, 2010

ingat

Peranan Seorang Muslim Dalam Dakwah

Pendahuluan.

Setiap muslim yang "commited" dengan ajaran Islam adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan suatu tugas yang suci dan paling mulia iaitu berdakwah. Tugas ini adalah warisan para nabi kepada umatnya untuk dilaksanakan dengan segala kemampuan yang ada. Segala bentuk tugas dan kegiatan yang lain diluar rangka dakwah dan amal soleh-biar betapa hebat dan gagah nampak pada zahirnya- pada hakikatnya ia tidak mempunyai apa-apa nilai. Kemuliaan tugas ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-nya dalam surah Al - Fussilat: 33

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin)".

Keagungan dan kegemilangan umat Islam pada zaman silam sehingga muncul sebagai khaira ummat adalah berpunca daripada kejayaan mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab dakwah itu dengan berkesan. Mereka berusaha dengan penuh kegigihan mengajak manusia ke jalan Allah, menyuruh mereka melakukan kebaikan dan mencegah segala bentuk kemungkaran. Lantaran itulah Allah menyifatkan mereka sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran :110.

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (faedah) manusia, Kamu mengajak kepada kebajikan dan kamu mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah....."

Dalam membicarakan peranan seorang muslim dalam dakwah, terdapat 5 komponen penting yang berkaitan di antara satu sama lain.

1. Maksud dakwah itu sendiri dan kepentingannya.
2. Pendakwah orang yang melaksanakan tugas dakwah ini.
3. Materi atau isi dakwah itu sendiri.
4. Kaedah dan teknik dakwah.
5. Sasaran dakwah itu sendiri.

Setiap muslim yang terlibat dalam bidang dakwah ini mestilah memahami kelima-lima komponen ini untuk memudahkan mereka melaksanakan tugas ini dengan berkesan dan mencapai matlamatnya. Berdakwah dengan membuta tuli tanpa memahami isi dakwahnya tidak mendapat apa-apa kesan yang positif.

Maksud Dakwah dan Kepentingannya.

"Barang siapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), apabila ia tidak berkuasa (dengan tangan) maka dengan lidahnya (teguran atau nasihat), apabila tidak kuasa (dengan lidahnya) maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim).

Dari segi bahasa:

Dakwah ertinya menyeru, mengajak, memanggil, menyampai, dan mendorong(5 M). Perkataan- perkataan yang seiring dengan dakwah seperti Al- Wa’zu, Al- Irsyad, At- Tabligh dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah:

Dakwah ialah mengajak atau menyeru manusia ke jalan Allah dengan menyuruh mereka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran supaya mereka mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Berdasarkan pengertian di atas, dakwah mengajak manusia supaya menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan syumul. Islam dipraktikkan dalam segenap aspek kehidupan mereka tanpa wujud pemisahan dan pengasingan sebagaimana firman Allah dalam surah Al- Baqarah ayat 208:

Dalam konteks kehidupan hari ini dakwah mesti dilaksanakan oleh setiap muslim bagi memakmur, mengislah dan mengangkat nilai dan martabat manusia. Beberapa alasan berikut yang menunjukkan betapa pentingnya gerakan dakwah iaitu:

1. Pengaruh sekularisma yang telah lama bertapak dalam kehidupan orang-orang Islam sehingga mempengaruhi pemikiran, perasaan, pandangan dan cara hidup mereka. Mereka melihat Islam dalam bentuk yang terpisah dalam aspek kehidupan ini. Dakwah mesti dijalankan bagi menyelamatkan umat. Sehubungan dengan itu Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 85:

"Apakah patut kamu hanya percaya kepada sebahagian daripada isi kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain. Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu daripada kamu selain daripada kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab siksa yang amat berat".

2. Gejala keruntuhan sosial yang membawa kepada penghakisan akidah yang berlaku pada masa kini seperti pergaulan bebas lelaki wanita, kelahiran anak luar nikah dan pembuangan anak yang meningkat, budaya lepak, pelacur remaja, penyalahgunaan dadah, Aids dan sebagainya.

Fenomena yang wujud menuntut kepada method, kaedah dan uslub dakwah yang sesuai untuk menanganinya. Sabda Rasulullah S.A.W.

3. Gerakan musuh Islam yang membuat pelbagai rancangan dan strategi serta bergerak secara berjemaah bagi menghancurkan Islam dan meleburkan umatnya. Di antara perancangan mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh tokoh Islam "Jala Al-Alam" iaitu:

3.1 Hancurkan akidah muslim.
3.2 Hapuskan Al Quran daripada mereka
3.3 Hapuskan sistem khalifah Islam.
3.4 Hapuskan tokoh-tokoh Islam.
3.5 Rosakkan akhlak muslim dan fikiran mereka.
3.6 Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
3.7 Tanamkan keraguan terhadap agama.
3.8 Lenyapkan persatuan muslimin.

Perancangan mereka ini telah dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 32:

" Mereka mahu memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan Allah menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)".

4. Memenuhi tuntutan al-Quran supaya dilahirkan daripada kalangan manusia satu jamaah atau organisasi yang bertanggungjawab mengajak manusia ke arah ma’ruf dan mencegah kemungkaran.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104:

" Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang berjaya"

Sehubungan dengan itu Nabi sendiri telah berpesan kepada umatnya dengan satu amanah yang mesti dilaksanakan dengan sabdanya:

"Sampaikanlah sesuatu daripada aku walaupun satu ayat sekalipun"

Di sini jelas terbukti bahawa jaminan Allah bahawa kejayaan dan kecemerlangan akan dicapai bagi individu atau organisasi yang dapat melaksanakan tanggungjawab dakwah ini dengan sebaik mungkin ke arah kesejahteraan ummat.

Pendakwah atau orang yang melaksanakan tanggungjawab berdakwah.

Setiap pendakwah perlu mempersiapkan diri mereka terlebih dahulu dengan segala bekalan dan senjata yang mencukupi, efisyen dan berkesan. Semangat dan kemahuan yang berkobar-kobar sahaja tidak mencukupi bagi menjamin keberkesanan dakwah yang disampaikan.

Diantara bekalan bagi setiap pendakwah iaitu:

1. Kemantapan Aqidah Dan Ilmu

a. Mempunyai akidah yang tahan diuji.
b. Memahami Islam sebagai Addin yang mencakupi segenap ruang lingkup kehidupan manusia.
c. Menguasai Al-Quran melalui konsep 5M iaitu Membaca, Menulis, Menghafaz, Memahami dan Menghayatinya.
d. Menguasai ilmu bahasa, psikologi, kemasyarakatan, komunikasi, pengurusan dan sebagainya.

2. Mempunyai kualiti diri dengan akhlak yang terpuji dan personaliti yang cemerlang.

Istiqamah dalam ibadat dan sentiasa melakukan tazkiyatul-nafs (pembersihan jiwa) dengan zikrullah, qiyamullail, muhasabah, muraqabah dan sebagainya. Memiliki akhlak yang terpuji seperti bersabar, tawaduk, lemah lembut, berlapang dada, beramah mesra, penyayang dan bertimbang rasa dan sebagainya. Menghayati sifat-sifat positif seperti mempunyai daya juang, daya korban, daya tahan, futuristik dan sebagainya.
3. Mempunyai kebolehan dan kemahiran

a. Kemahiran berkomunikasi
b. Kemahiran berfikir
c. Kemahiran mendengar
d. Kemahiran mengurus
e. Lain-lain kebolehan dan kemahiran

Materi atau Isi Dakwah.

Dakwah yang disampaikan mesti berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber rujukan utamanya. Dakwah yang tidak merujuk atau berlawanan dengan dua sumber utama ini tidak akan mencapai tujuannya. Lantaran itulah kita dapati umat Islam pada awal sejarah yang merupakan generasi dakwah yang berjaya telah menceduk Al-Quran dan As-sunnah sepenuhnya. Sehingga seluruh peribadinya di warnai dan diresapi, dibentuk, dan dikuasai sepenuhnya oleh ajaran Ilahi. Mereka benar-benar merealisasikan sabda junjungan riwayat Abu Hurairah iaitu:

" Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah(Al-Quran) dan sunnah Rasulullah"

Kaedah dan Teknik Dakwah.

Berdakwah memerlukan kepada kaedah atau method yang tertentu. Berdakwah secara membuta tulli tanpa kaedah yang tertentu, bahan ramuannya dan pantang larangnya adalah amat bahaya seperti bahayanya pengubatan manusia tanpa pemastian jenis penyakit yang sebenar. Lantaran itu beberapa kaedah dalam berdakwah sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125:

"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat mauizah (nasihat) yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan kamu dialah sahaja yang lebih mengetahui tentang siapa yang sesat daripada jalannya dan dialah sahaja yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

Berdasarkan ayat di atas terdapat tiga kaedah berdakwah sebagaimana yang digariskan oleh Al-Quran iaitu:

Berdakwah Dengan Cara Ikhlas

Iaitu menyampaikan dakwah dengan penuh kebijaksanaan yang meliputi perkara-perkara berikut:

a. Menggunakan tutur kata yang lemah lembut dan menarik.
b. Hujah-hujah yang konkrit yang mudah difahami yang dapat menyingkapkan kebenaran dan menghilangkan keraguan.
c. Menggunakan unsur-unsur psikologi untuk menjinakkan manusia dengan Islam.
d. Dakwah yang disampaikan sesuai dengan tingkat pemikiran seseorang.
e. Mengenali dan memahami sasaran dakwahnya.

Dakwah Bil Katabah

Dakwah dilaksanakan melalui aktiviti yang melibatkan penulisan seperti risalah, majalah, artikel, cerpen, sajak, poster, carta daan sebagainya. Penulisan ini di terbitkan samada secara berkala, mingguan, bulanan atau tahunan.

Dakwah Bil-Hal

Dakwah yang dijalankan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatan, sikap, pandangan, tingkah laku yang positif, kerja-kerja amal yang dilakukan dan aktiviti-aktiviti sosial. Ini bererti pendakwah itu sendiri melaksanakan apa yang diucap olehnya dan tidak sekadar tukang cakap dan tukang tunjuk sahaja. Firman Allah dalam Surah Al-Safaya 2:3 . "Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu kamu tidak melakukannya."

Sasaran Dakwah

Setiap pendakwah mesti mengenali dan memahami sasaran dakwahnya untuk menyesuaikan method dakwah yang digunakan bagi menjamin keberkesanan dakwah tersebut. Di antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah:

1. Membuat kajian mengenai kumpulan sasaran tersebut bagi mengambil maklumat yang selengkap-lengkapnya dari segi jenis, sosial-budaya, latarbelakang ekonomi, taraf hidup, sikap dan pandangan hidup mereka.

a.Merangka strategi dakwah yang sesuai dengan kumpulan sasar tersebut.
b. Membuat penilaian dari masa ke semasa bagi mejamin keberkesanannya.

Menurut Syeikh Muhammad Abduh, seorang tokoh pejuang Islam yang terkenal telah mengkategorikan 3 kumpulan sasaran dakwah yang harus dihadapi dengan cara yang berbeza.

a. Golongan cendikiawan yang dapat berfikir secara kritis, mempunyai rangsangan yang cukup kuat dan mudah memahami sesuatu persoalan. Golongan ini hendaklah didakwahkan dengan cara "Hikmat"

b. Golongan awam iaitu orang kebanyakan yang belum dapat berfikir secara kritis dan mendalam serta belum dapat menangkap pengertian-pengertian yang tinggi. Golongan ini mestilah dihadapi dengan cara "Mauizah Hasanah" dengan memberi pengajaran-pengajaran dan didikan yang mudah difahami dan hayati

c. Golongan pertengahan dimana tingkat kecerdasannya adalah di antara dua golongan di atas tadi mestilah dihadapi dengan cara "Mujadalah" iaitu berbincang dan bertukar- tukar fikiran untuk mencari kebenaran

Kesimpulan

Setiap muslim yang dimandatkan dengan tanggungjawab ini mestilah memahami komponen-komponen dakwah yang dibicarakan di atas tadi. Bagi memudahkan mereka melaksanakan tugas suci ini. Mereka juga hendaklah memiliki kualiti peribadi yang unggul di mana seluruh gerak tindakan, suara pengucapan, lintasan fikiran dan degupan jantungnya dibentuk dan dikuasai sepenuhnya oleh ajaran Ilahi. Dakwah yang didorong oleh watak-watak yang belum disebatikan dengan siraman nilai-nilai Islam hanya akan merupakan "show" untuk tontonan sepintas lalu sahaja.

peranan seorang muslim didalam berdakwah

Ajal..!!

Sungguh tiada di antara kita yg tahu apa yg akan terjadi nanti.. dan dibumi mana kita akan mati..!! Semoga Alloh Subkhanahu Wata'aala menjadikan umur / perkara terbaik kita sebagai akhir dari perjalanan hidup kita.. Amiin..

hadis

Hasil pencarian

1 sampai 20 dari total 27 temuan

Temuan dalam Alquran 27

Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 154
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu h idup, tetapi kamu tidak menyadarinya.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 195
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 218
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 261
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 262
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Alquran > Surah Ali 'Imran> Ayat 142
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.
Alquran > Surah Ali 'Imran> Ayat 195
Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik."
Alquran > Surah An Nisaa'> Ayat 74
Karena itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barang siapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar.
Alquran > Surah An Nisaa'> Ayat 94
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan "salam" kepadamu: "Kamu bukan seorang mukmin" (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, karena di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmat-Nya atas kamu, maka telitilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Alquran > Surah An Nisaa'> Ayat 95
Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,
Alquran > Surah An Nisaa'> Ayat 96
(yaitu) beberapa derajat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Alquran > Surah An Nisaa'> Ayat 100
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Alquran > Surah Al Maa-idah> Ayat 54
Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Alquran > Surah Al Anfaal> Ayat 60
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).
Alquran > Surah Al Anfaal> Ayat 72
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikit pun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
Alquran > Surah Al Anfaal> Ayat 74
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.
Alquran > Surah At Taubah> Ayat 20
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Alquran > Surah At Taubah> Ayat 41
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Alquran > Surah At Taubah> Ayat 60
Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Alquran > Surah At Taubah> Ayat 88
Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersama dia, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh kebaikan; dan mereka itulah (pula) orang-orang yang beruntung.

Tuesday, May 11, 2010

keteranagn

the daies yelah sejenih club pendakwah yg di tubuh kan di saujana utama kami di kami mem punya guru2 contoh nya ust hihamuddin dan lain kalau ingin baju the daies cal me amad 0172472797